Monday, May 27, 2013

Warga emas maut dirempuh kenderaan ketika mahu tunai ‘hajat’


Warga emas maut dirempuh kenderaan ketika mahu tunai ‘hajat’

May 17, 2013, Friday
KOTA MARUDU: Gara-gara ingin membuang air kecil di bahu jalan, seorang warga emas terbunuh setelah dilanggar sebuah Proton Iswara dalam satu kejadian di Kilometer 22.3 Jalan Kota Marudu-Pitas, dekat sini malam kelmarin.

Difahamkan mangsa dikenali sebagai Magundaling Kuntau, 72, dari Kampung Mantaya Pitas itu sedang dalam perjalanan ke Kota Marudu dengan menaiki sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandu oleh saudaranya, sebelum diberhentikan di tempat kejadian untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, ketika cuba melintas untuk ‘menunaikan hajat’, mangsa telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh lelaki tempatan berusia 29 tahun yang sedang dalam perjalanan menuju ke Pitas dalam insiden berlaku sekitar jam 12 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superitendan Mohd Isa Yusof berkata pemandu Proton Isawara itu dikatakan tidak sempat mengelak ekoran jarak terlalu dekat berikutan mangsa berlari melintas jalan dari sebelah kanan ke kiri jalan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, leher dan tangan kirinya.

“Mayat mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan bagi proses tindakan lanjut,” katanya.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/17/warga-emas-maut-dirempuh-kenderaan-ketika-mahu-tunai-hajat/#ixzz2US7nPoj1

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...