Hai semua. Ya pada mulanya Kota Marudu dipilih untuk jadi tempat Pelancaran Pesta Kaamatan 2013 tapi pihak daerah Kota Marudu beri peluang kepada Kota Belud. Ada lah tu sebab2 dia kan.
--------------------------------------
Kota Belud tuan rumah Pelancaran Pesta Kaamatan 2013
KOTA KINABALU 14 Mac - Pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah akan diadakan di daerah Kota Belud pada 1 Mei ini dan dijangka dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini ialah Muhibbah dan Persefahaman Mapan Melalui Kaamatan.
"Pada awalnya Kota Marudu dipilih sebagai tuan rumah bagi pelancaran Pesta Kaamatan tahun ini, bagaimanapun pihak daerah berkenaan memberi laluan kepada Kota Belud untuk menjadi tuan rumah," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda