Tamu Besar wadah erat perpaduan
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Talob Tagayo juga dapat menonjolkan keunikan pelbagai kesenian, tradisi dan warisan di daerah itu sekali gus memberi gambaran tentang kekuatan dan keazaman masyarakat setempat mempertahankannya.
"Pada masa sekarang, negara kita tidak lagi berdepan dengan penjajah, tetapi negara kita berdepan dengan tekanan-tekanan dari luar. Oleh itu kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mempertahankan negara kita ini," katanya semasa meramikan Talob Tagayo Tandek di sini kelmarin.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek, Anita Baranting; Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia (Kimaragang), Datuk Abdul Latif Kandok; Pegawai Daerah Kota Marudu, Luvita Koisun dan Penasihat Kimaragang, Datuk Dr. Janathan Kandok.
Talob Tagayo Tandek selama dua hari itu menerima hampir 5,000 pengunjung.
Musa berharap pesta tersebut dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh masyarakat di daerah ini terutama dalam usaha meningkatkan ekonomi dan mengekalkan keaslian budaya.
"Sambil menonjolkan keunikan budaya kita, Talob Tagayo juga berperanan menarik pelancong dari seluruh negara, seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk daerah ini," tambahnya.
0 comments:
Post a Comment
Apa kata anda