Monday, March 18, 2013

Kota Marudu hos pelancaran Kaamatan 2013 peringkat negeri


KOTA KINABALU: Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah akan diadakan di daerah Kota Marudu pada 1hb Mei ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata majlis pelancaran itu akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri, Datuk Musa Aman.

Pairin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri berkata demikian sebaik selesai mengadakan mesyuarat bersama dengan wakil-wakil Pejabat Daerah dan Daerah Kecil di Bilik Mesyuarat JKR disini.

Manakala Daerah Kota Belud bakal menjadi tuan rumah bagi majlis pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah tahun depan.

Tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini dipilih sendiri oleh Huguan Siou ialah Tihombuso Piunungan Om Pirotian Maya Kaamatan atau Mengekalkan Muhibbah dan Persefahaman Melalui Kaamatan.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...