Saturday, July 27, 2013

Kota Marudu: Motosikal rempuh lori, anak terkorban, bapa kritikal

Motosikal rempuh lori, anak terkorban, bapa kritikal

by RUZAINI ZULKIFLIruzainiub@gmail.com. Posted on July 5, 2013, Friday



Deputi Superitendan Mohd Isa Yusof

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun terbunuh manakala bapanya cedera parah setelah motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di selekoh Kilometer 0.9 Jalan Lotong, di sini kelmarin.

Mangsa yang merupakan pembonceng motosikal dikenali sebagai Rin Raimond meninggal dunia di Hospital Daerah Kota Marudu setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan pada insiden berkenaan yang berlaku sekitar jam 8.10 pagi.

Kedua beranak itu sedang menuju ke Pekan Baru Kota Marudu dari Kampung Panipuyan Baru Marak Parak, di sini sebelum kemalangan itu terjadi.

Difahamkan setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangi mereka dikatakan termasuk ke laluan bersebelahan namun pemandu lori gagal mengelak kedua-dua mangsa berikutan jarak terlalu dekat.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superitendan Mohd Isa Yusof berkata kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di hospital sekitar jam 12.30 tengah hari sementara bapanya yang berusia 34 tahun itu dilaporkan kritikal berikutan kecederaan parah akibat kemalangan berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...