Saturday, July 27, 2013

PERUNTUKAN RM100 JUTA UNTUK PROGRAM 1AZAM DI SABAH

KOTA MARUDU, 19 Julai (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan
peruntukan sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan Program Akhiri Zaman Miskin
(1Azam) di Sabah, tahun ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Anita
Baranting berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM40 juta pada 2010, 2011
(RM80 juta) dan 2012 (RM40juta) bagi melaksanakan program tersebut di Sabah.

Menurutnya, program 1Azam peringkat negeri merangkumi beberapa bidang
termasuk pertanian, keusahawanan, kerja tangan, latihan kemahiran dan bidang
lain yang menjurus kepada peningkatan ekonomi penduduk luar bandar.

"Peserta program ini dikenal pasti melalui senarai e-kasih yang terdiri
daripada ketua isi rumah miskin tegar, miskin dan mudah miskin.

"Program 1Azam dibahagikan kepada empat kategori iaitu Azam Tani, Azam
Niaga, Azam Khidmat dan Azam Kerja," katanya dalam teks ucapan sempena majlis
penutupan kursus kemahiran Jahitan Program 1Azam peringkat Daerah Kota Marudu,
di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pemimpin Kemajuan Rakyat kawasan Dewan Undangan
Negeri Tandek Jelius Radani.

Anita berkata kerajaan menyasarkan seramai 7,500 peserta mendapat manfaat
menerusi program 1Azam dengan 6,500 peserta akan dibimbing di bawah Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan Negeri, manakala 1,000 lagi di bawah Jabatan
Tenaga Kerja.
-- BERNAMA
NT NT RAM

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...