Wednesday, July 3, 2013

Pemuda ditahan kerana rogol gadis bawah umur

Pemuda ditahan kerana rogol gadis bawah umur

 
KOTA MARUDU: Seorang pemuda tempatan ditahan pagi kelmarin kerana dipercayai merogol seorang gadis dibawah umur.

Pemuda berusia lingkungan 20an terbabit ditahan di rumahnya di sebuah kampung di Pitas lebih kurang jam 10.30pagi selepas mangsa berumur 15 tahun ditemani ahli keluarganya itu datang membuat laporan polis lebih kurang jam 11 malam, Rabu.

Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Isa Yusop berkata mangsa mendakwa dalam kejadian lebih kurang jam 6.30 petang itu, dia (mang-sa) yang sedang menunggu bapa untuk balik ke rumah didatangi suspek yang menunggang motosikal.

Katanya, suspek mempelawa mangsa untuk membonceng balik ke rumah, bagai-manapun, selepas membonceng motosikal mangsa, suspek yang dikenali terbabit membawa mangsa ke sebuah ladang kelapa sawit di kawasan Pitas sebelum merogol mangsa.

“Ketika kejadian itu, mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah menengah di sini itu, menunggu bapanya di tepi ketika didatangi suspek,” tambahnya.
Menurutnya, suspek berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Seksyen 376 kanun keseksaan.

Dalam kes lain, Mohd Isa berkata polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai mencabul dengan meraba bahagian buah dada seorang gadis dibawah umur.

Beliau berkata, suspek berusia lingkungan 40an terbabit ditahan di rumahnya di sebuah kampung di sini lebih kurang jam 9 malam, Rabu lepas ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa berumur 15tahun yang ditemani ahli keluarganya pada hari yang sama, jam 8malam.

Katanya, siasatan mendapati mangsa semasa kejadian lebih kurang jam 2.30petang, Selasa lalu itu berada di tepi jalan di Kampung Saab, Pitas untuk menunggu ibunya pulang dari Pekan Kota Marudu apabila didatangi seorang lelaki yang dikenali.

“Suspek yang memandu sebuah kenderaan itu mempelawa mangsa naik kereta untuk menghantar mansga di satu tempat di mana ibu mangsa turun.

“Suspek terbabit bagaimanapun, tidak menghentikan kenderaan sebaliknya memandu kenderaan dengan laju menuju ke Kota Marudu dan masuk ke sebuah lorong sunyi sebelum meraba buah dada mangsa,” katanya.

Mohd Isa berkata: Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah penginapan di Pekan Kota Marudu dan ketika dalam bilik, suspek sekali lagi meraba buah dada mangsa sebelum turun ke bawa.

Menurutnya, selepas suspek turun, mangsa mengambil kesempatan melarikan diri dan membuat laporan polis berhubung kejadian.

Katanya, atas laporan itu, suspek ditahan dan kini di reman untuk siasatan dan tindakan lanjut dibawah Seksyen 354 kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata polis menahan seorang lelaki tempatan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian empat digit nombor ekor haram.

Beliau berkata suspek berusia lingkungan 30an itu ditahan di Pekan Kota Marudu lebih kurang jam 5petang, Rabu lalu dan polis turut berjaya merampas lapan keping kertas bertulis nombor ekor dan wang tunai RM1087.

Menurutnya, suspek berkenaan ditahan reman untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sumber: New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Apa kata anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...